Pengarah program, Nik Aina Izzati Asmawi berkata, program itu bertujuan mewujudkan masyarakat yang aktif bersukan selain memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, program itu juga diharapkan dapat mendedahkan pelajar KVB dan Pejabat Belia dan Sukan untuk berinteraksi serta bekerjasama dengan organisasi luar.

“Pada masa sama, kolaborasi sebegini dapat menyemarakkan lagi semangat berkomunikasi dalam membina hubungan silatulrahim antara penganjur dan peserta,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, semua peserta akan menyertai larian sejauh 5 kilometer dengan sebahagian besarnya mengikut laluan pesisir pantai dan berpatah balik ke tempat permulaan.

“Tiada hadiah khusus disediakan sebaliknya peserta berpeluang memenangi cabutan bertuah yang disediakan penganjur,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE