Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Krubong, Abdullah Omar, 53, berkata, masalah itu kali pertama dihadapi hampir 3,000 penduduk kawasan tersebut sejak ia mula diduduki pada 2016. 

Menurutnya, akibat masalah itu, penduduk berbilang bangsa dan agama terpaksa mengambil bekalan air daripada surau berdekatan bagi membolehkan mereka membersihkan diri, masak dan sebagainya. 

"Apa yang mengecewakan, tiada seorang pun wakil daripada Lembaga Perumahan Melaka (LPM) yang menyelia PPR ini hadir walaupun beberapa aduan telah dibuat sejak Khamis lalu. 

"Kami tidak pasti punca sebenar masalah ini hingga berlarutan sehingga hari ini tetapi pihak berkenaan perlu membantu penduduk menyediakan bekalan air dengan apa cara sekali pun. Sehingga hari ini, tak ada sebuah lori air pun datang hantar bekalan," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE