Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

60 mahasiswa Kuin serta program sekolah angkat

PELAJAR Kuin dan murid yang menyertai program Sekolah Angkat:
PELAJAR Kuin dan murid yang menyertai program Sekolah Angkat: Super Student UPSR di SK Kuala Ketil, Kedah, baru baru ini.

KUALA KETIL 21 Feb. – Atas dasar prihatin terhadap pelajar yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), warga Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di sini menganjurkan program Sekolah Angkat: Super Student UPSR di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Ketil di sini.

Aktiviti membabitkan penuntut Kursus Pengajian Malaysia 2016/Disember Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (Pupuk) Kuin dan syarikat Attitude Training and Consultancy.

Penasihat program, Hadijah Johari berkata, program bertemakan Skor A itu melibatkan 156 murid tahun enam dan 60 mahasiswa Kuin.

“Program bermula seawal pukul 8 pagi hingga 6 petang de­ngan empat slot pengisian antaranya langkah pelajar cemerlang, rahsia pelajar cemerlang, super student dan pelan kejayaan.

“Pengisian bukan sahaja di­isi dengan sesi ceramah tetapi dimantapkan lagi dengan sesi latihan dalam kumpulan. Program berlangsung dengan jayanya dan dicadangkan untuk disambung de­ngan siri kedua yang akan diadakan di kawasan kampus,” katanya.

Katanya, program diakhiri de­ngan slot promosi program pe­ngajian di Kuin khususnya Program Pengajian Asasi yang baru melancarkan Skim Pendidikan Percuma melalui Derma Siswa Negeri Kedah bagi kemasukan April 2017.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain