Pengurus PI1M Tebuk Haji Yusof, Shahruddin Muhammad berkata, antara aktiviti yang dijalankan ialah kursus menaip perisian komputer, kursus menaip pantas dan kelas kreatif.

Katanya, kesemua aktiviti itu dijalankan secara berperingkat-peringkat setiap minggu sepanjang bulan Disember ini.

"Sambutan daripada murid-murid amat menggalakkan. Mereka teruja untuk mempelajari dan mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan di sini.

"Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat memenuhi masa lapang murid-murid dengan berfaedah semasa cuti persekolahan ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mengulas lanjut,  Shahruddin memaklumkan aktiviti itu dimulakan pihaknya sejak November lalu selain melaksanakan beberapa program untuk murid dan belia antaranya aktiviti kelas kreatif, photoshop, kuiz explorace, permainan online.

Usaha itu katanya merupakan nilai tambah dalam peningkatan pendidikan dan kemahiran para pelajar khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). - UTUSAN ONLINE.