Pengarah Pendidikan negeri, Rusni Ab. Jalil berkata, seramai sembilan calon mendapat semua A+, manakala 499 lagi memperoleh semua A.

“Seramai 12,974 calon layak menerima sijil berkenaan dan Gred Purata Nasional (GPN) yang dicatatkan di Negeri Sembilan 4.79,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Seramai 15,129 calon menduduki peperiksaan SPM di Negeri Sembilan pada tahun lalu.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan rasa gembira atas pencapaian Negeri Sembilan berada di tangga kedua terbaik bagi peringkat kebangsaan selepas Putrajaya dengan GPN 4.79 berbanding 4.90 pada 2015.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sehingga hasrat kerajaan Negeri Sembilan untuk terus mencemerlangkan agenda pelajaran dapat direalisasikan,” katanya dalam satu kenyataan. - UTUSAN ONLINE