Program yang kali kedua diadakan selepas di Pauh dekat sini baru-baru ini itu, bermula pukul 4.15 petang dengan menyasarkan semua penduduk setempat tanpa mengira taraf hidup dan pendapatan.

Kesemua penduduk walau bagaimanapun dihadkan hanya boleh membeli satu kilogram ikan setiap seorang pada harga RM3 sekilogram.

Harga runcit semasa ikan kembung di pasaran di sini,  ialah RM12 sekilogram tetapi dijual pada harga RM6 sekilogram jika dibeli secara borong.

Menurut Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim, program itu yang akan diadakan daripada semasa ke semasa adalah bertujuan bagi membantu meringankan beban penduduk.

"Kita akan buat program ini setiap minggu secara lebih kerap dan bukannya kerana untuk meraih undi pilihan raya," katanya ketika ditemui. - UTUSAN ONLINE