Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

500 waris Datu Patinggi Abang Haji Abdul Ghafor berkumpul

KIRA-KIRA 500 ahli keluarga waris Datu Patinggi Abang Haji Abdul
KIRA-KIRA 500 ahli keluarga waris Datu Patinggi Abang Haji Abdul Ghafor berhimpun di Pekan Sungai Lembing, Kuantan, Pahang, kelmarin.

KUANTAN 19 Mac – Kira-kira 500 waris Datu Patinggi Abang Haji Abdul Ghafor berkumpul dalam maj­lis perjumpaan yang julung kali diadakan di Padang Awam Pekan Sungai Lembing, di sini semalam.

Perhimpunan hasil inisiatif bapa saudara Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Dr. Abang Zainal Abang Abdul Latif itu antara lain bertujuan mengeratkan lagi semangat kekeluargaan keturunan berkenaan.

Abang Zainal berkata, selain dapat merapatkan hubungan antara waris keluarga bekas pe­mimpin disegani di Sarawak itu, program tersebut memberi peluang kepada generasi baharu keluarga berkenaan untuk lebih mengenali dan menghargai sumbangan nenek moyang mereka.

Beliau berpuas hati dengan pe­nganjuran program tersebut memandangkan ramai yang sa­nggup datang dari Melaka dan Sarawak untuk bertemu dengan waris mereka yang menetap di negeri ini.

“Kami dapat mengenali waris yang menetap di luar Sarawak malah ada antara mereka kini tinggal di Melaka dan Pahang.

“Mungkin ada generasi muda keluarga kami yang tidak tahu atau tidak memahami sumba­ngan moyang mereka dalam pen­tadbiran Sarawak satu ketika dulu. Menerusi perhimpunan seperti ini, mereka didedahkan dengan pelbagai maklumat yang lebih tepat,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Perhimpunan itu turut diha­diri Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Sohaimi Mohamed Shah.

Menurut Abang Zainal, Abang Haji Abdul Ghafor adalah pe­mimpin yang disegani di Sarawak kerana mempunyai sikap rendah diri dan sederhana.

Berdasarkan sejarah, kata beliau, Abang Haji Abdul Ghafor memakai gelaran Datu Patinggi pada tahun 1844 selepas bapa mentuanya, Datu Patinggi Abang Ali terbunuh bersama-sama Ge­o­­­­r­ge Stewart semasa melawan pemberontak di Skrang.

“Walaupun tarikh kematian Abang Haji Abdul Ghafor tidak mempunyai rekod yang tepat, namun jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Gambon, Limbongan, Melaka,” ka­tanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain