Presiden Persatuan Autoshow Malaysia, Mohd. Roslan Mohd. Rafi berkata, kelainan ditampilkan pada tahun ini apabila mempersembahkan beberapa kereta mewah seperti Ferrari, Lamborghini, Mustang dan Nissan Skyline GT-R, khusus untuk tontonan orang ramai.

“Selain itu, kita juga mengadakan pertandingan terbahagi kepada tiga kategori iaitu ubah suai terbuka, ekstrem terbuka dan old school dengan hadiah keseluruhan bernilai RM15,000,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.

Acara permotoran buat kali kelima bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang itu dijayakan oleh peserta dari kelab-kelab permotoran seluruh negara termasuk dari Singapura. - UTUSAN ONLINE