Sukan lasak yang memerlukan peserta untuk menempuh pelbagai cabaran dan halangan dengan ketangkasan fizikal itu merupakan salah satu acara yang diadakan sempena Kejohanan Sukan Antara Hotel Kelantan 2017.

Pengurus Besar TABBR, Hizam Shah Omar berkata, DRLR yang berlangsung selama dua hari bertujuan untuk mengeratkan dalam kalangan pihak pengurusan dan kakitangan hotel seluruh negeri ini.

Menurutnya, TABBR menggunakan persekitaran alam semula jadi bagi menjayakan sukan lasak yang dipertandingkan secara berpasukan itu.

“Peserta bukan sahaja perlu meredah halangan di darat menerusi paya bakau dan tanah berlumpur serta menyeberangi lagun sebelum menamatkan perlumbaan.

“Keupayaan fizikal dan kerjasama padu ketika bersukan banyak membantu pasukan yang bertanding tampil sebagai pemenang," katanya ketika ditemui pada kejohanan sukan anjuran Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kelantan itu.

Hizam Shah berkata, selain acara itu, pihak pengurusan hotel dan kakitangan turut menga­dakan perlawanan bola tampar pantai dan bola jaring serta sukan dalaman seperti karom serta dart.

Pertandingan tarik tali adalah acara kemuncak kejohanan sukan itu sebelum majlis penyampaian hadiah kepada pemenang serta makan malam yang turut dihadiri Pengarah Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Mohd. Aidil Afizie Daud.