Jurucakap Markas Pemerintahan Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) berkata, tangkapan tersebut dibuat semasa pasukan tentera sedang melakukan rondaan di laluan lorong tikus yang sama pada pukul 9 pagi dan 10.20 malam tadi.

“Tangkapan pertama dibuat terhadap tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) diikuti dua lagi pada sebelah malam.

“Kesemua PATI itu berusia antara 27 hingga 41 tahun tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya, hasil maklumat diperolehi kesemua PATI itu memasuki Sarawak untuk berkerja di kebun-kebun kecil dan ladang di sekitar kawasan itu dengan kadar upah RM30 hingga RM60 sehari.

“Pihak tentera seterusnya membuat laporan polis dan menyerahkan PATI berkenaan di Balai Polis Lundu untuk tindakan lanjut,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE