Pogram tersebut merupakan acara wajib tahunan yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kenduri tersebut masih mengekalkan konsep sama iaitu diadakan secara gotong-royong bersama penduduk setempat.

“Program ini mendapat kerjasama dan penyertaan tinggi daripada komuniti Labuan sekali gus menjadi acara wajib setiap tahun.

“Sambutan ini masih mengekalkan tema ‘Wilayah Ceria, Rakyat Sejahtera’ pada sambutan kali ini kerana mempunyai mesej yang memberi impak positif kepada semua warga wilayah dari aspek meningkatkan kesejahteraan kehidupan rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan program K1WPL tersebut.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli; Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikshan; Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Seri Hasim Ismail; Pengarah Eksekutif Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mohd. Mustafa Mohd. dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kesejahteraan Bandar, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Merican. - UTUSAN ONLINE