Bakal disertai oleh kira-kira 5,000 pengunjung, penganjuran karnival tersebut di dataran masjid berke­naan antara lain bertujuan menyam­paikan mesej dakwah ke­pada masyarakat secara santai.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd. Yusop Hu­­­sin berkata, program itu ju­ga diharap dapat mengimarahkan lagi masjid dalam kalangan­ kariah setempat de­ngan ­pe­­­­­ngan­juran pe­lbagai jenis aktitivti.

“Antara program yang diatur termasuklah forum santai bersama sele­briti, hafalan al-Quran, forum subuh, kuliah dhuha, konsert amal serta pembukaan lebih 70 gerai melibatkan 25 agensi kerajaan dan swasta.

“Kita menyediakan program yang bersesuaian dengan kehendak serta suasana masyarakat pada zaman sekarang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Yusop memberita, karnival yang bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam itu bakal menampilkan beberapa pendakwah serta selebriti tanah air seperti Datuk Mohd. Kazim Elias, Ustaz Huri, Ustaz Don, Daie Elyas, Zul Handy Black dan Heliza Helmi.

Selain itu, katanya, ia turut melibatkan penyertaan 10 buah perpustakaan yang menyediakan pelbagai promosi menarik serta ruang bacaan santai.