Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

445 peserta NKEA KADA terima insentif

NKEA INTENSIF
HANAFI Mamat (kanan) menyampaikan insentif projek NKEA kepada pesawah dan pemilik tanah di Nilam Baru, Kota Bharu hari ini. - UTUSAN ONLINE

KOTA BHARU 9 Feb.- Seramai 445 pengusaha serta pemilik sawah padi di kawasan Nilam Baru di sini menerima insentif di bawah projek Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berjumlah RM152,200 hari ini.


Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Hanafi Mamat berkata, insentif berkenaan diberi sebanyak RM2,000 bagi setiap hektar.


“Di Nilam Baru, sebanyak tiga bendang yang terlibat dengan projek NKEA iaitu Kelir, Seraya dan Padang Jepun membabitkan keluasan 76,146 hektar keseluruhannya.


“Manakala hasil purata pengeluaran padi di sini pada musim lalu ialah sebanyak 4.6 metrik tan per hektar dan kita akan berusaha untuk mencapai sasaran 6.5 hektar untuk musim akan datang,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Insentif Projek NKEA KADA Nilam Puri Musim 1/2016 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain