Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

406 calon peroleh gred A

Pelajar  OKU,  Muhammad Syahir (kiri) menunjukkan keputusan cemerlang
Pelajar OKU, Muhammad Syahir (kiri) menunjukkan keputusan cemerlang SPM 2016 sambil diperhatikan ibu bapanya, Umar Mohamad Noor dan Rahmahdani Abd. Rahman di Jitra, Kedah, semalam.

KUBANG PASU 16 Mac – Seramai 406 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 berjaya memperoleh keputusan cemerlang gred A di negeri ini.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Azuyah Hassan berkata, jumlah calon yang mencapai keputusan cemerlang itu adalah 1.35 peratus daripada 34,150 calon yang menduduki peperiksaan tersebut.

Menurutnya, jumlah tersebut menunjukkan penurunan berbanding keputusan SPM 2015 iaitu seramai 446 calon atau 1.56 peratus.

Bagaimanapun, katanya, indeks Gred Purata Negeri (GPN) bagi tahun 2016 adalah 5.20 mata iaitu meningkat 0.03 mata berbanding 5.23 mata pada 2015.

“Seramai 34 calon memperoleh gred A+ dan A bagi semua mata pelajaran yang diduduki. Sementara itu, empat calon mendapat A+ untuk semua mata pelajaran yang diambil,” katanya dalam sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Halim di sini hari ini.

Empat calon tersebut ialah Khoo Yi Xuan dan Chong Terng Yaw dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa, Alor Setar; M. Niroshini dari SMK Sultan Badlishah, Kulim dan Muhamad Azrul Hamzi Abdullah dari SMK Dato' Syed Ahmad, Kuala Nerang.

Azuyah memberitahu, seramai 24,159 calon (82.66 peratus) pula layak mendapat sijil pada tahun ini berbanding 25,415 (85.12 peratus) calon pada 2015.

“Analisis keputusan SPM 2016 di negeri ini menunjukkan pe­ningkatan pencapaian keseluruhan calon bandar berbanding luar bandar,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain