Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Mohd. Muzammer Jamaluddin berkata, kira-kira 180 unit dirampas sejak Operasi Rampasan Unit Pelanggaran Syarat-Syarat Penyewaan PA/PPR dilaksanakan bulan lalu.

Katanya, tindakan itu dilakukan hasil siasatan kakitangan jabatannya dan aduan penduduk setempat untuk mengenal pasti unit-unit yang tidak dihuni atau diduduki penyewa tidak sah.

“DBKL telah mengenal pasti 40 unit untuk dirampas dalam operasi di PPR Desa Rejang, Setapak atas kesalahan melanggar syarat sewa.

“Operasi ini turut mengesan sebuah unit yang dijadikan sarang penagihan dadah dan akan dimaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi berkenaan hari ini. - UTUSAN ONLINE