Pelbagai acara sukan melibatkan semua peringkat jurulatih dan pegawai kadet telah diadakan di sepanjang hari iaitu antaranya futsal, bola jaring dan bola tampar.

Menurut Timbalan Komandan Palapes Unimap, Lt. Kol. Prof. Dr. Zaliman Sauli, program yang diadakan itu mampu mewujudkan budaya bersukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif dalam kalangan warga Palapes.

"Ini juga dapat membantu menurunkan kadar penyakit serta memastikan setiap Angkatan Tentera Malaysia sentiasa cergas dan sihat serta mampu berkhidmat untuk negara," katanya di sini.

Yang hadir sama ialah Ketua Jurulatih Palapes Unimap, Mejar Md. Rozi Abd. Razak serta pegawai tetap dan pegawai sukarela. - UTUSAN