Program yang dihadiri oleh Datuk Abdul Raof Hussin, Timbalan Pengerusi YGMB itu turut menyeru semua guru agama untuk menyertai YGMB bagi membolehkan menikmati 16 faedah kebajikan yang ditawarkan.

Faedah itu bukan sahaja untuk warga pendidik di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) bahkan diperluaskan kepada warga pendidik yang berkhidmat di bawah agensi-agensi tertentu seperti Majlis Agama Islam Negeri dan IPTA di seluruh negara agar dapat bernaung di bawahnya

Turut hadir dalam program berkenaan adalah Datuk Wan Munadi Wan Mamat, Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Ustaz Haji Taufik Othman, Penolong Pegawai Pendidikan Islam Kluang, Ustaz Rosli  Samadi, Pengerusi PERSAGA Kluang.-UTUSAN ONLINE