MOHD. JIDIN SHAFEE
MOHD. JIDIN SHAFEE

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar negeri, Datuk Mohd. Jidin Shafee membe­ritahu, kadar kerosakan kemudahan yang disediakan oleh syarikat swasta itu masih pada tahap agak kecil, dan berharap vandalisme ini akan dihentikan.

Katanya, bandar raya ini me­rupakan yang pertama di pantai timur dibekalkan kemudahan itu bagi manfaat orang ramai termasuk pelancong untuk bergerak dalam jarak yang dekat bagi tujuan riadah, kecergasan dan urusan lain.

“Perkhidmatan ini tiada kena dengan kita (kerajaan negeri) yang cuma memberikan tapak (bagi pe­nempatan basikal),” katanya di sini baru-baru ini ketika menjelaskan tanda-tanya umum mengenai perkhidmatan itu.

Menurut beliau, setakat ini kemudahan disediakan di 74 lokasi yang berubah-ubah dengan setiap lokasi menempatkan 10 hingga 15 unit untuk disewa yang buat permulaan cuma RM1 sejam dengan kebanyakan pengguna merupakan golongan muda.

“Bagi menyenangkan pengguna, apabila tamat tempoh masa, pengguna cuma perlu tinggalkan di situ dan petugas syarikat akan mengambilnya untuk ditempatkan semula. Basikal ini tidak boleh dicuri kerana dapat dikesan,” ujarnya.