Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

30 sekolah agama bakal dibina mulai bulan depan

ISKANDAR PUTERI 15 Mei – Kerajaan negeri bersetuju untuk membina sebanyak 30 buah Sekolah Agama Kerajaan Johor bermula hujung bulan depan.

Abd. Mutalip Abd. Rahmin

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, pembinaan tersebut yang termasuk dalam projek fasa kelima sekolah tersebut akan dilaksanakan oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) Builders Sdn. Bhd.

Beliau berkata, selain membangunkan lapan Sekolah Agama Baru, turut dibina adalah 17 bangunan baharu dan lima tambahan mulai bulan depan.

“Hingga 8 Mei lalu, jumlah sekolah agama di Johor adalah sebanyak 578 buah de­ngan 479 merupakan bangunan sendiri yang dibina menggunakan peruntukan kerajaan negeri. Baki 99 sekolah masih menumpang di sekolah kebangsaan dan lain-lain bangunan.

“Dengan terlaksana­nya projek fasa lima ini, maka kerajaan negeri akan mempunyai sebanyak 504 buah bangunan sendiri, manakala baki 82 buah sekolah masih menumpang di sekolah kebangsaan dan lain-lain bangunan,” katanya dalam ucapan penggulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Abd. Mutalip berkata, bagi menjamin keselesaan dan ruang pembe­lajaran yang kondusif, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM4 juta, manakala Maj­lis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyediakan dana RM2 juta untuk menambah baik prasarana sekolah agama setiap tahun.

“Bagi memajukan pendidikan agama, kerajaan negeri menerusi MAINJ menyediakan bantuan seperti alat bantuan mengajar kira-kira RM1 juta setahun untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain