Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

250 calon cemerlang 
dapat semua A di Kelantan

Jafar Ismail (dua dari kiri) bersama warga pendidik melihat keputusan
Jafar Ismail (dua dari kiri) bersama warga pendidik melihat keputusan SPM yang diumumkan di Jabatan Pendidikan Negeri, Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 16 Mac – Sebanyak 250 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di negeri ini memperoleh sekurang-kurangnya semua A- dalam setiap mata pelajaran yang diduduki berbanding 340 calon tahun 2015.

Pengarah Pendidikan negeri, Jaafar Ismail berkata, secara keseluruhan pencapaian kali ini sedikit menurun apabila Gred Purata Negeri (GPN) yang dica­tatkan ialah 5.09 berbanding 5.03 pada 2015.

Bagaimanapun kata beliau, jumlah sekolah yang lulus 100 peratus meningkat daripada 24 buah pada 2015 kepada 25 buah tahun lalu.

“Sebanyak 49 buah sekolah menunjukkan Gred Purata Sekolah (GPS) mengatasi GPN manakala 68 buah sekolah menunjukkan peningkatan GPS dengan mata terbaik ialah 1.81.

"Sekolah dengan GPS terbaik 1.81 tersebut ialah Sekolah Menengah Sains (SMS) Tengku Muhammad Faris Petra,” kata­nya dalam majlis pengumuman keputusan SPM 2016 di Tunjong, di sini hari ini.

Jaafar dalam pada itu memberi­tahu, terdapat dua sekolah mencapai kelulusan 100 peratus bagi semua mata pelajaran iaitu Sekolah Menengah Sains (SMS) Jeli dan Kolej Vokasional Pasir Mas.

Sementara itu, katanya, sebanyak 14 buah sekolah mencapai kelulusan 85 peratus ke atas dan 146 buah lagi berada di bawah 85 peratus.

“Calon yang layak mendapat sijil kali ini adalah seramai 20,380 orang atau 87.10 peratus berbanding 89.73 peratus tahun lalu iaitu menurun 2.63 peratus.

“Keadaan ini adalah signifikan dengan syarat pensijilan mulai 2013 yang mewajibkan calon lulus Bahasa Melayu dan Sejarah. Peratus penurunan ini masih dalam julat normal,” katanya.

Seramai 31,267 calon menduduki SPM 2016 dengan 23,398 calon dari sekolah bantuan kerajaan, 5,013 calon sekolah agama kerajaan negeri Yayasan Islam Kelantan (YIK), 791 calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan 1,974 calon persendirian.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain