Daripada jumlah itu, lima pelajar berjaya mencapai gred cemerlang A+ bagi semua subjek yang diduduki termasuk seorang pelajar mendapat 11A+, 10A+ (tiga pelajar) dan 9A+ (seorang pelajar).

Pengarah Pendidikan negeri, Abu Bakar Sahari berkata, dari segi peratus lulus pula, Melaka mencatatkan peningkatan sebanyak 0.7 peratus kepada 10,818 pelajar atau 86.4 peratus daripada keseluruhan 12,515 pelajar sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.

“Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 85.7 peratus daripada keseluruhan pelajar yang menduduki SPM pada tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Keputusan Rasmi SPM 2016 Sekolah-sekolah Melaka di Auditorium Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron. - UTUSAN ONLINE