Katanya, ekoran kejadian itu, blok bangunan berkenaan ditutup sementara selama dua minggu bagi membolehkan kerja-kerja pembasmian kuman dijalankan.

“Kejadian ini disebabkan oleh gigitan hama yang dikenal pasti berpunca daripada bangkai haiwan yang mati di bawah bumbung bangunan. Masalah ini dimaklumkan kepada kita pada 12 Mac lalu.

“Pegawai daripada Jabatan Kesihatan Kampar bersama Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan telah turun ke lokasi bagi mengambil langkah-langkah kawalan selepas menerima aduan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Hassan Merican berkata, tindakan awal telah diambil namun, kejadian itu berulang semula pada awal April lalu.

“Arahan penutupan blok bangunan sekolah itu dibuat di bawah Seksyen 18(1)(c) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 selama dua minggu sehingga 19 April ini.

“Penutupan itu dibuat untuk kawalan penyakit dan pembersihan lanjut dapat dijalankan oleh pihak sekolah,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai tidak perlu bimbang kerana kejadian ini adalah kes terpencil dan dapat dikawal. - UTUSAN ONLINE