Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, menerusi dana itu, ia turut diagihkan di semua kawasan meliputi 22 kawasan parlimen di negeri berkenaan.

Menurutnya, ia adalah usaha dan komitmen serius kerajaan menerusi Kementerian Kesejah­teraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi membela dan membantu rakyat yang memerlukan bantuan perumahan.

“Projek ini dimulakan sejak dahulu dan ia akan diteruskan dengan melihat keperluan rakyat bagi membantu untuk membaik pulih rumah sedia ada.

“Selain itu, program ini juga adalah selari dengan slogan ‘tradisi membela rakyat’ yang diberi penekanan oleh kerajaan untuk membantu rakyat sama ada dalam dan di luar bandar,” katanya ketika ditemui pemberita di sini .

Terdahulu beliau meluangkan masa kira-kira sejam menziarahi dan melawat dua rumah yang terlibat dengan projek baik pulih rumah berkenaan.

Dalam pada itu, Zein Isma yang juga Ketua UMNO Bahagian Su-bang berkata, projek itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka siap dalam tempoh yang ditetapkan.

“Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras, sebanyak 11 rumah telah dikenal pasti sebagai penerima bantuan menerusi program ini dan kita akan gerakkan kerja-kerja baik pulih secepat mungkin.

“Mereka yang terpilih adalah golongan sasar yang memerlukan bantuan berdasarkan kepada pemilihan dan penilaian jawatan kuasa khas termasuk pemimpin masyarakat setempat,” jelasnya.