Program itu anjuran bersama Gabungan NGO Malaysia, Gerakan Wawasan Malaysia dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar bermula pukul 2.15 petang hingga 3.30 petang.

Penasihat Undang-Undang Gabungan NGO Malaysia, Datuk Mohd. Imran Tamrin berkata, sebanyak 1,000 hingga 1,500 liter petrol disumbangkan kepada penunggang motosikal dengan kuasa enjin 150cc ke bawah sempena program tersebut.

"Program ini diadakan atas inisiatif kami bagi membantu mengurangkan beban rakyat susulan daripada kenaikan harga minyak ketika ini.

"Walaupun harga minyak mengalami sedikit kenaikan, tetapi kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain kita masih murah dan minyak di negara ini masih lagi berpatutan," katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, inisiatif itu sebahagian daripada usaha pihaknya yang sebelum ini terlibat dalam program pemberian jamuan makan tengah hari secara percuma serta penjualan ikan pada harga patut di Sekinchan. - UTUSAN ONLINE.