Ketua Unit Pembudayaan Penyelidikan, Bahagian Peranca­ngan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pendidikan, Dr. Shamsudin Mohamad sehubungan itu, meminta semua sekolah di negeri ini terlibat menjayakannya pada masa depan.

Beliau berkata, daripada jumlah sekolah terlibat tahun ini, sebanyak 40 buah kumpulan menghantar penyertaan mereka.

“Ia merupakan penyertaan memberangsangkan dan diharap semua sekolah akan menyertai School Lab ini pada tahun depan untuk menanam minat murid dalam bidang STEM.

“Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan untuk me­ningkatkan minat murid da­lam bidang STEM kepada 60 peratus berbanding hanya 40 peratus masa kini,” katanya ketika merasmikan Pertandingan Akhir School Lab peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan negeri, Sharifah Aton.

Juara dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arau dengan tajuk Ketumpatan diikuti tempat kedua, SMK Beseri (Kesan Merokok) dan Sekolah Agama Al-Islahiyah (Perkumuhan).

Shamsudin berharap peserta yang dipilih ke peringkat kebangsaan dapat memasukkan elemen STEM lain se­perti matematik dalam kajian sains dijalankan.