Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Selahudeen Abd. Aziz berkata, kematian itu membabitkan kes di daerah ini dan Batu Pahat. 

"Sebanyak 516 kes denggi telah dicatat di seluruh negeri bermula 30 Disember 2018 hingga 12 Januari lalu, peningkatan sebanyak 84.3 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. 

"Daerah tertinggi mencatat kes denggi adalah Johor Bahru, diikuti Kulai, Batu Pahat, Pontian, Kota Tinggi, Tangkak, Kluang, Mersing, Muar dan Segamat," katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE