Program itu diadakan di semua 27 lokasi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) termasuk melibatkan 25 peserta di daerah ini yang dianjurkan Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia (PKSM) di Kompleks Belia dan Sukan di sini semalam.

Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Modal Insan ECERDC, Zulkifli Ya'acob berkata, senamrobik merupakan antara aktiviti yang mampu membantu peserta usahawan ECER supaya kekal sihat dan bertenaga.

Katanya, kesibukan menjalankan urusan seharian tidak seharusnya menjadi penghalang kepada mereka mereka untuk kekal sihat dan menjadi suri tela­dan kepada orang lain.

“Kita bukan sahaja menawarkan latihan kemahiran keusahawanan dalam kalangan peserta ini malah menitikberatkan soal kesihatan dan kekuatan fizikal menerusi senamrobik pada sebelah petang serta hujung minggu,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, para peserta yang berkumpul menerusi acara berkenaan juga mampu menge­ratkan hubungan dengan komuniti setempat khususnya membantu ECERDC mempromosikan peluang latihan keusahawanan di setiap daerah di negeri ini.

Sementara itu, seorang peserta latihan kemahiran Empower dakam bidang solekan dan dandanan, Wan Zulkaedah Wan Ahmad, 36, berkata, penganjuran Cabaran Fit Empower tepat pada masanya untuk memberi kese­daran tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Aktiviti ini selaras dengan agenda transformasi sosial iaitu dengan mementingkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta,” katanya.