Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

199 graduan dirai dalam Majlis Konvokesyen PKT

Konvoksyen
SEBAHGIAN daripada graduanPoliteknik Kuala Terengganu mengabadikan kenangan selepas menerima diploma masing-masing dalam majlis konvokesyen di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU 10 Sept. - Seramai 199 graduan Politeknik Kuala Terengganu (PKT) melalui detik bersejarah hari ini bagi memulakan langkahan baharu kehidupan.

Para graduan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) di samping Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik itu diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kali Ke-16 di Hotel Primula di sini.

Daripada jumlah tersebut,  sera.ai 69 orang merupakan lepasan bagi sesi Jun 2016 diikuti 130 orang lagi sesi Disember tahun sama.

Majlis perasmian konvokesyen  disempurnakan oleh Naib Pengerusi Eksekutif, Jasa Merin (Malaysia) Sdn. Bhd., Abdul Rahman Ali.

Yang hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr. Saifuddin Kumar Abdullah; Pengarah PKT, Radiah Che Su dan Timbalan Pengarah Akademik PKT, Mohd. Rusmi Abd. Ghani. -UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain