Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

17 pelajar hadapi 
cabaran sengit PSIT 2017

KUALA TERENGGANU 15 Feb. – Program Saintis Islam Terengganu (PSIT) 2017 memberikan cabaran cukup sengit bagi 17 pelajar lepasan rangkaian Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) untuk membuktikan mereka selayaknya dipilih dalam memenuhi aspirasi kerajaan negeri.

Azrul Azam Zunaini

Hanya seorang daripada mereka yang telah melepasi ujian awal daripada lebih 50 pelajar cemerlang yang lain itu akan ditaja oleh kerajaan negeri de­ngan kos kira-kira RM1.2 juta bagi melanjutkan pengajian di salah sebuah unversiti terkemuka dunia sehingga ke peringkat kedoktoran (PhD).

Mereka kini menjalani proses sa­ringan seterusnya se­lama sebulan da­lam program yang digerakkan dengan kerjasama Universiti Malaysia Te­reng­ganu (UMT) da­lam usaha melahirkan saintis dan profesional dalam pelbagai lapangan ter­masuk kejuruteraaan dan perubatan yang juga seorang hafiz.

Program saringan seterusnya menggunakan modul khas bertajuk Saintis Islam: Anjakan Cendekiawan Profesional yang dilancar sempena penutup Ijtimak Pondok Malaysia 2016, bagi tujuan pengajian di bawah bimbingan para penyelidik dan pensyarah UMT dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

PSIT bagi tahun ketiga ini di­rasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang di UMT, baru-baru ini,

Azrol Azam Zunaini, 18, bekas pelajar SMIYT Kuala Terengganu, berkata, dia tidak me­nyangka berpeluang menyertai program itu dengan saingan yang sengit dan berazam muncul sebagai pelajar terbaik.

Dia yang bercita-cita mahu menjadi pakar neurologi satu masa nanti menyifatkan program ini antara platform terbaik untuk dirinya mencapai impian itu.

“Saya akan memanfaatkan masa sebulan sepanjang prog­ram sekurang-kurangnya me­raih ilmu daripada tenaga pengajar dan professional sebelum melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tidak lama lagi,” katanya.

Seorang lagi pelajar, Nor Syafikah Zakaria, 18, dari Kuala Terengganu juga sangat teruja terpilih bersama 16 pelajar Imtiaz yang lain menyertai program tahun ketiga itu.

“Ini merupakan satu persaingan sihat dalam dunia pendidikan bagi memastikan pelajar yang terpilih mewakili rakan-rakan nanti adalah kalangan yang terhebat di antara yang hebat,’’ kata anak bongsu daripada enam beradik ini yang bercita-cita menjadi seorang doktor.

Oleh itu, katanya dia akan berusaha yang terbaik dan tidak akan mensia-siakan peluang yang disediakan kerajaan negeri meraih ilmu dalam usaha kerajaan untuk melahirkan saintis Islam yang akan kembali menyumbang untuk negeri dan negaranya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain