Pengarah Pendidikan negeri, Pkharuddin Ghazali  berkata, daripada jumlah itu, seramai 14,819 pelajar ialah calon sekolah kerajaan, manakala 926 orang calon persendirian.

Beliau memaklumkan, terdapat seramai 1,696 petugas peperiksaan yang bertugas di pusat peperiksaan tersebut.

“Seramai 10 calon menduduki peperiksaan di lima hospital di Negeri Sembilan pada hari ini. Kebanyakan mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya,” katanya di sini hari ini.

Beliau menambah, seramai 1,414 calon menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 22 pusat peperiksaan pada hari sama. - UTUSAN ONLINE