Program tersebut yang diadakan setiap tahun berlangsung dengan meriah dengan kehadiran 150 anggota polis IPD Kubang Pasu dan juga ahli-ahli Persatuan Kebajikan Polis (Perkep) termasuk Pengerusi Perkep IPD Kubang Pasu, Kartini Buang.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Abd. Rahim Abdullah, penyembelihan empat ekor lembu yang disumbangkan oleh ahli Perkep dan warga IPD dilakukan dengan semangat gotong-royong.

“Setiap tahun program ibadah korban ini diadakan untuk memeriahkan perayaan Aidiladha.

“Lembu yang telah disembelih diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukan dan bakinya kita turut mengadakan kenduri di perkarangan surau IPD Kubang Pasu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Abd. Rahim berkata, selain majlis ibadah korban turut diadakan sembahyang solat sunat Aidiladha dan bacaan takbir beramai-ramai di surau IPD Kubang Pasu.

“Program sebegini dapat mengeratkan hubungan antara setiap anggota polis yang berkhidmat di IPD Kubang Pasu dan juga ahli-ahli Perkep.

“Majlis sebegini akan diteruskan pada masa depan memandangkan banyak manfaat yang diperoleh daripadanya selain membantu umat Islam menyempurkan ibadah korban,” jelasnya.