Selepas dinikahkan beramai-ramai semua pengantin berkenaan diberi peluang berarak mengelilingi dataran itu selain dihiburkan dengan persembahan kompang.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, objektif utama penganjuran majlis tersebut adalah bagi memudahkan urusan perkahwinan dengan hanya mengutamakan perkara wajib.

"Inisiatif kita untuk ringankan beban golongan yang kurang mampu dalam mendirikan masjid. Mereka hanya perlu menyediakan mas kahwin serta saguhati kepada jurunikah sementara majlis dan jamuan semuanya kita tanggung," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut yang diadakan sebagai satu daripada pengisian Ekspo Johor Berkemajuan 2017. - UTUSAN ONLINE