Ketua Penguat Kuasa dan Keselamatan AADK negeri, Nasruddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menahan seorang lelaki di sebuah pusat hiburan di Berapit manakala rakannya berjaya melarikan diri.

Katanya, ketika soal siasat dilakukan di pejabat AADK SPT, seramai 14 lelaki datang melakukan provokasi di pejabat berkenaan bagi meminta supaya seorang rakan mereka yang positif dadah dilepaskan.

“Ekoran itu berlaku pergelutan membabitkan anggota AADK dengan kumpulan terbabit menyebabkan tiga anggota kami mengalami kecederaan ringan namun seorang berjaya ditahan dan diserahkan kepada pihak polis," katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, dalam operasi berkenaan seramai 95 orang ditahan terdiri daripada 77 lelaki dan 18 wanita.

“Ujian air kencing yang dijalankan mendapati 29 lelaki dan 11 wanita positif dadah," katanya. – UTUSAN ONLINE