Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

13 kumpulan pemuzik jalanan dekati golongan muda

salah sebuah kumpulan buskers membuat persembahan selepas dilantik
Salah sebuah kumpulan buskers membuat persembahan selepas dilantik oleh Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan bagi mendekati golongan muda di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 16 April – Sebanyak 13 kumpulan buskers atau pemuzik jalanan dipilih oleh Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan untuk bekerjasama bagi menyampaikan mesej berhubung isu semasa kepada golongan belia.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, antara kumpulan tersebut termasuk Fasolaband, ATE, CARMA, Tour Sbunkerzz, Chantique Scully, Last Minuter dan Busker Jinjang.

“Mereka akan akan diberi lesen oleh Kementerian Wilayah Persekutuan untuk membuat persembahan di sekitar ibu kota.

“Selain menghiburkan orang ramai, mereka juga akan berkongsi pendapat mengenai pelbagai program dan isu penting negara supaya memberi kesedaran kepada golongan­ muda,” katanya di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Razlan berkata, kumpulan-kumpulan itu diharap mampu menarik golongan belia untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi.

“Pada masa ini masih ramai golongan­ belia yang belum mendaftar dan kita menggunakan buskers untuk menarik mereka menjadi pengundi.

“Melalui pendekatan ini, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat mengenai program-program yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan antaranya Jom Masuk U, Servis Motor Percuma, kursus perkahwinan dan aktiviti -aktiviti­ keagamaan,” ujarnya.­

Menurutnya, melalui penglibatan­ buskers tersebut pihaknya berharap dapat mendekati golongan belia dan membentuk mereka menjadi generasi­ yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain