Pengarah PPDNKK negeri, Datuk Ab. Ghani Harun berkata, kesemua premis itu adalah di antara 500 premis yang mendaftar untuk jualan murah pada tahun ini.


“Sebanyak 11 premis ini dikesan melakukan kesalahan termasuk menipu tanda harga dan kod bar pada barangan jualan sekaligus mengelirukan pengguna. 


“Setakat ini, kita sedang membuat siasatan lanjut ke atas premis terbabit dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jualan Murah di AEON Mall Kota Bharu di sini hari ini.


Yang turut hadir, Pengurus Cawangan AEON Mall Kota Bharu, Mohd Zaidi Zainal Abidin.- UTUSAN ONLINE