Setiausaha kuil itu, M. Nantagobalan berkata, pelbagai acara disusun, termasuk penyertaan seramai 500 orang masyarakat Cina bagi memastikan semuanya, berjalan dengan lancar.

"Beberapa jalan utama ditutup, termasuk di Jalan Kuala Ketil, Jalan Pasar, Jalan Ibrahim, Jalan Petri, Jalan Bank dan Jalan Hospital Lama di sini semasa penganut agama Hindu membawa kavadi.

"Kuil ini adalah yang ketiga terbesar di negeri ini selain dari Kuil Sri Arulmigu Balathandayuthabani di Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang dan Kuil Sri Subramaniyar Swami Batu Caves, di Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Kuil Sri Subramaniya Swamy Derasthanam, P. Rajendran.

Sehubungan itu, beliau meminta semua penganut agama Hindu yang menyertai sambutan Thaipusam kali ini supaya tidak membawa sebarang senjata merbahaya dan minuman keras.

"Kita mendapat bantuan dari semua anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi membuat pemantauan.

"Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, R. Sammugam telah memberi peruntukan sebanyak RM60,000 bagi menjayakan sambutan Thaipusam itu," katanya lagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah dalam satu kenyataan berkata, seramai 430 orang anggota polis akan membuat pemantauan di sepanjang sambutan Thaipusam itu. - UTUSAN ONLINE