Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang pula muncul telah sekolah bandar paling cemerlang, manakala Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak dinobatkan sekolah paling cemerlang kategori luar bandar.

Pengarah Pendidikan Selangor, Mohd. Salleh Mohd. Kassim berkata, jumlah pelajar mendapat semua A itu sedikit menurun berbanding tahun lalu yang merekodkan seramai 1,629 orang calon.

“Daripada 1,459 orang calon yang mendapat semua Gred A dalam semua mata pelajaran, 21 orang telah mendapat Gred A+ dalam kesemua mata pelajaran,” katanya semasa mengumumkan keputusan SPM 2016 bagi Selangor di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE