Di kampung itu yang mempunyai kira-kira 400 rumah dilanda banjir kilat setiap kali hujan le­bat.

Malah, pada tahun ini sahaja kawasan kampung itu sudah dua kali dilanda banjir kilat pada bulan lalu dan terbaharu minggu lalu.

Hujan lebat menyebabkan banjir kilat berlaku sehingga ada penduduk berpindah sementara ke pusat pemindahan.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Nor Rauf berkata, setiap kali hujan lebat, penduduk pasti cemas kemungkinan kampung mereka dinaiki air.

Katanya, perkara yang membimbangkan, banjir yang melanda kampung mereka minggu lalu agak teruk.

“Penduduk memohon Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membaik pulih kawasan tebing sungai yang runtuh dan mendap dengan membina penempatan banjir atau membina ban di tebing sungai.

“Kami percaya jika tebatan banjir ini dibina, ia akan mengurangkan risiko kampung dinaiki air setiap kali hujan lebat,” kata­nya di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Faizul Arby berkata, pihaknya meman­dang serius masalah yang dialami penduduk di kampung tersebut.

“Perkara ini akan diberikan perhatian dan dibincangkan de­ngan Ahli Parlimen Larut, Datuk Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam masa terdekat,” katanya.