Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

1,000 jemaah solat hajat di Masjid Negara

BERNAMA MASJID
PARA jemaah mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam Masjid Negara hari ini selepas menunaikan solat hajat bagi memohon kesejahteraan negara yang kini berdepan ketegangan hubungan diplomatik dengan Korea Utara. -UTUSAN ONLINE/BERNAMA

KUALA LUMPUR 10 Mac - Kira-kira 1,000 jemaah berkumpul di Masjid Negara hari ini untuk sama-sama mengerjakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan sembilan rakyat Malaysia yang dijadikan tebusan di Korea Utara berada dalam keadaan selamat.

Solat hajat dua rakaat itu dipimpin oleh Iman Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad dan disertai oleh segenap lapisan masyarakat beragama Islam tanpa mengira bangsa, usia dan pangkat.

Syaikh Ismail ketika ditemui pemberita berkata, solat berkenaan diadakan khas bagi memohon munajat daripada Allah SWT supaya dibuka pintu hati kepemimpinan Korea Utara untuk membebaskan kesemua rakyat Malaysia yang ditahan.

Katanya, sebagai umat Islam, wajib untuk memohon pertolongan daripada Allah SWT dengan cara berdoa dan semoga kesungguhan tersebut mendapat keredaan daripada-Nya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain