Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Ismail Ibrahim berkata, dalam kejadian pada pukul 2.55 pagi itu penjenayah berkenaan dipercayai cuba meletupkan ATM berkenaan dengan bom buatan sendiri.

"Siasatan awal mendapati suspek disyaki menggunakan bom buatan sendiri yang diselitkan di bahagian pintu mesin ATM untuk membukanya.

"Bom yang digunakan gagal untuk memecahkan ATM sekadar pintu mesin itu sahaja.

"Siasatan pihak forensik menemukan beberapa kesan hangus disyaki belerang di sebelah mesin itu," katanya di sini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 457/436 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE