Program amal itu membabitkan kakitangan restoran makanan segera itu dari cawangan Leisure Mall, Desa Pandan , Pandan Mewah, Bandar Tun Hussein Onn, Shell Mahkota Cheras dan Sunway Velocity Mall diketui Perunding Operasi, Sri Karthigeyan.

Ini merupakan tahun kedua McDonald’s Malaysia melakukan aktiviti komuniti seperti ini bagi mendekatkan hubungan dengan masyarakat.

Untuk bulan Oktober ini, aktiviti yang dilakukan adalah berkaitan persediaan sambutan Deepavali.

Untuk itu Rumah Kebajikan Anbu Illam yang telah beroperasi sejak 35 tahun lalu dipilih untuk tujuan kerja amal ini.

Rumah kebajikan ini menempatkan kanak-kanak berusia tujuh hingga 18 tahun sahaja yang diberi bantuan tempat tinggal dan pembelajaran sehingga mereka melepasi

usia 18 tahun mereka akan meneruskan pembelajaran atau mendapat pekerjaaan di luar seperti biasa.

Antara aktivit yang dilakukan sempena program ini ialah gotong-royong mengemas kawasan luar dan dalam rumah serta membuat dekorasi Kolam Deepavali yang

bertemakan komuniti.

Selain itu, turut disampaikan sumbangan seperti bahan makanan harian dan sedikit cenderahati alat tulis sekolah bagi keperluan mereka untuk meringankan beban keluarga yang kurang berpendapatan. - UTUSAN ONLINE