Ketua Bahagian Jualan Lazz Susu Kambing, Nik Hadiyan Nik Azman ketika ditemui di gerai jualannya di MAHA 2016 berkata Lazz Susu Kambing merupakan susu serbuk yang dikilangkan di Malaysia daripada susu kambing segar tanpa unsur hormon atau sintetik kimia yang diimport dari Belanda.

Lazz Susu Kambing dikeluarkan dalam tiga perisa iaitu asli, kurma dan kopi.

Katanya Lazz Susu Kambing sesuai untuk semua peringkat umur daripada kanak-kanak, ibu yang hamil atau menyusu, wanita yang merancang untuk hamil dan warga emas.

"Selain diminum sebagai susu, Lazz Susu Kambing sesuai untuk menggantikan santan dalam pelbagai masakan dan lauk," katanya.

Berikutan sambutan yang menggalakkan di Malaysia, Lazz Susu Kambing berhasrat meluaskan pasarannya ke negara ASEAN mulai tahun depan, katanya.- BERNAMA