Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Rosmah MANSOR bersama sebahagian personaliti yang pernah menghiasi 2
ROSMAH MANSOR bersama sebahagian personaliti yang pernah menghiasi kulit majalah Wanita dari tahun 1969 hingga 2017 dan petugas UKSB serta Utusan Melayu dalam Majlis Minum Petang Sempena Ulang Tahun Ke-48 Majalah Wanita di Dewan Besar Utusan Melayu, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/Abdul Razak Latif.

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Ibarat usia mematangkan minda, perjalanan hampir separuh abad majalah Wanita tentunya telah menyelusuri episod panjang kehidupan wanita, memahami denyut nadi dan jiwa golongan itu sekali gus mampu menterjemahkan daya pemikiran mereka.

Diterbitkan oleh Utusan Melayu (M) Berhad pada tahun 1969 dan kini diteruskan oleh Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB), anak syarikat milik penuh Utusan Melayu, Wanita muncul majalah berbahasa Melayu terulung untuk kaum pendamping lelaki di negara ini.

Dengan pencapaian yang membanggakan itu, majalah Wanita ha­ri ini meraikan sambutan ulang tahun ke-48 dengan mengadakan majlis istimewa yang menampilkan ikon-ikon penghias kulit hadapan majalah itu serta barisan bekas pengarangnya yang menjadi tulang belakang bahan bacaan terkenal sejak tahun 1969 sehingga kini.

Lebih mengujakan, sambutan teristimewa itu memperkenalkan buat julung kalinya Anugerah Tokoh Wanita (ATW) sebagai platform bagi mengiktiraf ketokohan, kewibawaan dan keupayaan wanita dalam pembangunan sosial, gender wanita Malaysia moden serta komprehensif mengikut peredaran zaman.

Berlandaskan objektifnya, anu­gerah berkenaan turut menghargai peranan wanita dalam perkembangan sosioekonomi ne­ga­ra, memartabatkan srikandi bangsa sebagai penggerak utama dan pemangkin inisiatif pembangunan keluarga khususnya dan masyarakat keseluruhannya.

Tidak ketinggalan, majlis yang berlangsung di Dewan Besar Utu­san Melayu itu me­ru­pakan medium penghargaan khas kepada individu yang menyerlahkan nilai kualiti dan iltizam diri sebagai kaum hawa.

Selain ATW, sebanyak 12 kategori anugerah berprestij turut disampaikan kepada personaliti terpilih yang pernah menghiasi muka hadapan majalah Wanita berdasarkan kriteria tertentu.

Majlis berkonsepkan minum petang itu mendapat penajaan utama daripada produk kecantikan Sweedskin keluaran SNA Wellness International Sdn. Bhd. selain tajaan daripada Ke­menterian Pemba­ngunan Wanita, Keluar­ga dan Masyarakat ser­ta jenama fesyen terkenal, Bianco Mimosa.

Kehadiran isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penerima utama ATW tambah menyerikan majlis berkenaan yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.

Yang turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas; Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad; Pengarah Eksekutif me­rangkap Ketua Pengarang Majalah UKSB, Arffin Nordin.

Para tetamu disajikan dengan persembahan nyanyian oleh ar­tis popular tanah air, Dayang Nur­­faizah dan Siti Sarah serta di­meriah­kan dengan pertunjukan fesyen koleksi Bianco Mimosa selain per­sembahan tarian daripada kumpulan Aura Tari.

Lebih menarik, tetamu yang ber­tuah pada majlis itu turut berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah berupa pakej percutian, baucar penginapan hotel, kad pembelian barangan berjenama dan pelbagai hadiah menarik lain.

Kilauan perjalanan Wanita tidak akan terhenti di sini, malah akan terus berkarya merekodkan kejayaan wanita dalam menempuh cabaran hidup dan merealisasikan impian mereka.

Dengan memaparkan pelbagai topik daripada percintaan, perkahwinan, kekeluargaan, kerjaya sehinggalah tip-tip kewangan, fe­syen, kesihatan dan hiasan rumah, majalah ini telah menarik minat lebih 420,000 pembaca dan diiktiraf sebagai majalah nombor satu untuk golongan wanita.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain