SHAH ALAM 16 Oktober 2016 - Zarul Umbrella pada Konsert Gegar
 

Menyanyikan lagu Untukmu Selamanya nyanyian asal kumpulan Visa, Zarul mengetepikan 11 pencabarnya yang lain termasuk Siti Sarah di tempat kedua, Azharina (ketiga), Nora (keempat) dan Ameng Spring (kelima).

Sementara itu, Gmie Screen pula di tempat keenam, Elly Mazlein (ketujuh), Zur Eda (kelapan), Intan Sarafina (kesembilan), Rem (ke-10), Shidi Data (ke-11) dan yang terakhir adalah Razis Ismail sekali gus menjadi peserta pertama disingkirkan.

Diadili sepenuhnya oleh dua juri tetap iaitu Datuk Ramli M.S. dan Datuk Khadijah Ibrahim serta juri undangan Datuk A. Rahman Hassan, mereka turut memutuskan pemenang bagi kategori Vokal Paling Menyengat adalah milik Azharina yang tampil bertenaga mendendangkan lagu Sinaran yang pernah dipopularkan Datuk Sheila Majid.

GV3 disiarkan secara langsung di Astro Ria, saluran 104 pada setiap hari Ahad pukul 9 malam dibawakan khas oleh Pamoga Vida Beauty Qu Puteh serta dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad.-UTUSAN ONLINE