Pengerusi YPG yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peruntukan itu bagi membolehkan politeknik membaik pulih kediaman masyarakat yang memerlukan dalam negeri ini.

"Yayasan Pasir Gudang bersedia untuk menjalin kerjasama dengan pihak politeknik dalam meneruskan program bantuan membaik pulih kediaman masyarakat.

"Langkah ini secara tidak langsung turut memberi peluang kepada penuntut untuk mengasah kemahiran dipelajari mereka secara amali sambil berkhidmat kepada masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Touch Point Cabinet Away 2017, di Kampung Kuala Masai, Masai, di sini sebentar tadi. - UTUSAN  ONLINE