Aidilfitri

Oleh itu, tidak menghairan, hari ini pusat beli belah sekitar ibu negara dipenuhi orang ramai yang mengambil peluang membeli pada hari Ahad terakhir.

Yang pasti kawasan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) menjadi tumpuan sehingga menjadi penuh warna warni dengan pelbagai kerenah peniaga dan pelanggan

Aidilfitri

Bagi warga kota, Jalan TAR dianggap sebagai "syurga" membeli belah setiap kali tiba musim perayaan kerana kebanyakkan kelengkapan raya seperti baju Melayu, baju kurung, hiasan rumah dan kuih raya boleh diperolehi dengan harga yang lebih murah.  

Ragam pelbagai penjaja untuk melariskan jualan ternyata satu usaha yang berbaloi demi mendapatkan pelanggan.

Adilfitri

Tinjauan jurugambar Utusan Malaysia mendapati rata-rata warga kota lebih suka 'meninjau' harga di waktu malam selepas waktu berbuka.

Ini kerana  salah satu faktor 'tenaga' dan agihan masa yang  banyak untuk membuat persiapan selain mengelakkan cuaca panas di siang hari.-UTUSAN ONLINE