Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] UPSR: Terengganu sasar pencapaian lebih baik

Salah seorang pelajar yang terpaksa menduduki peperiksaan di hospital.
NUR Dania Aliaa Mohd. Zaidi, salah seorang calon UPSR yang menduduki peperiksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu kerana kecederaan akibat kemalangan.-UTUSAN

KUALA TERENGGANU 11 Sept. - Detik penting yang menjadi pengukur awal prestasi pendidikan mereka dan permulaan kepada mencorak kecemerlangan serta impian masa depan, dilalui oleh seramai 20,273 murid-murid di negeri ini, hari ini.

Mereka menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) melibatkan 363 buah pusat peperiksaan, dan ramai ibu bapa mengambil kesempatan mengiringi anak-anak mereka ke sekolah bagi memberikan rangsangan.

Daripada jumlah itu, seramai lapan calon terpaksa menduduki peperiksaan di lima buah hospital kerana menghadapi masalah kesihatan, dan secara keseluruhannya, proses itu berjalan lancar.

Tiga daripada mereka di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di samping dua orang di Hospital Dungun serta setiap seorang di Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS), Hospital Kemaman dan Hospital Hulu Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang diiringi Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin turut meninjau perjalanan peperiksaan itu di Sekolah Kebangsaan Komplek Seberang Takir di sini pagi ini selain memberikan kata-kata semangat kepada calon-calon.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri menyasarkan sekurang-kurang 10 peratus daripada calon akan memperoleh 6A berdasarkan forrmat baharu ujian itu yang bermula tahun lalu di samping pencapaian keseluruhan yang lebih baik.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain