Menurut satu kenyataan, pengurusan tertinggi SPR  sedang mempertimbangkan tindakan untuk membuat laporan polis terhadap mereka yang menyebar fitnah berkenaan dalam media sosial agar tindakan undang-undang dapat diambil.

"SPR telah mengesan terdapat dakwaan tersebut di media sosial yang mula ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak semalam.

"Faktanya, video yang tular itu adalah latihan simulasi oleh kakitangan SPR.

SPR juga akan memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih yang dimuat naik di mana-mana laman media sosial untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak cuba mencemarkan reputasi SPR," katanya kenyataan itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Dalam video simulasi yang tular itu dinyatakan bahawa pengundian awal akan berlangsung pada 11 Oktober 2017 dan pilihan raya umum akan berlangsung pada 13 Oktober.-UTUSAN ONLINE