Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] POKB realisasi impian OKU lihat 'dunia luar'

OKU
Sheikh Ahmad Dasuki (duduk kiri) berbual dengan Mohd.Azmi Awang (duduk tengah) yang menerima alat CP Mobility Scooter Board sumbangan POKB di rumahnya di Pasir Mas hari ini. - UTUSAN ONLINE

PASIR MAS 5 Dis. - Impian seorang lelaki, orang kurang upaya (OKU) Mohd.Azmi Awang, 43, untuk melihat dunia luar akhirnya tercapai menerusi alat Cerebral Palsy Mobility Scooter Board (CP Mobility Scooter Board) hasil sumbangan dari Persatuan Orang Kota Bharu (POKB).

Kemudahan tersebut sekaligus menamatkan penantian Mohd. Azmi atau lebih mesra dengan Pak Su untuk keluar dari rumah menghirup udara segar sambil 
menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa.

 Pak Su yang cacat dan lumpuh sejak lahir berkata, dia berterima kasih kepada POKB kerana telah merealisasikan impiannya untuk melihat dunia luar.

 "Alhamdulillah, impian saya untuk keluar dari rumah dan menikmati keindahan alam akhirnya tercapai juga.

 "Sudah lama saya impikan saat ini. Apa yang berlaku pada hari ini tidak akan saya lupakan sampai bila-bila," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 Terdahulu, Pak Su menerima kunjungan dari POKB yang diketuai Presidennya Datuk Sheikh Ahmad Dasuki Sheikh Mohammad.

 Sementara itu, Sheikh Ahmad Dasuki memberitahu, alat CP Mobility Scooter Board tersebut dicipta sepenuhnya oleh pasukan dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai oleh Pensyarah Kanan Pemulihan Cara Kerja Dr. Mohd. Zulkifli Abdul Rahim.

 Katanya, projek tersebut turut mendapat kerjasama dari syarikat Wali Engineering. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain