Malah mesej yang berat mengenai kanak-kanak zaman sekarang yang terlalu seronok bermain permainan video telah menjelaskan bahawa berlaku perubahan waktu dan masa pada zaman kini.

Menurutnya, dia mendapat idea sebegitu ketika memerhatikan kanak-kanak di kawasan perumahannya yang kusyuk bermain animasi Pokemon sehingga larut malam.

“Dahulu kita akan bermain baling selipar, teng-teng dan congkak dengan kawan-kawan namun sekarang sudah berubah.

“Saya memang sengaja selitkan animasi Pokemon itu sebelah selipar menunjukkan bahawa terdapat perubahan waktu,” ujarnya ketika ditemui Utusan Online dalam Pameran New Comers 2 di sini hari ini.

Pameran New Comers 2 adalah anjuran Balai Seni Negara yang bertujuan mengetengahkan pelukis-pelukis muda dalam satu platform bagi menonjolkan bakat baru untuk bersaing dalam industri seni.

Sebanyak 20 karya daripada enam pelukis muda itu di pamerkan di sebuah hotel terkemuka bermula 19 Disember hingga 4 Januari depan.

Sementara itu, tambah Mohammad Haziq Syawal, pelukis muda sebayanya tidak perlu takut untuk mencuba sesuatu yang baharu dan tidak perlu gentar untuk mengutarakan idea dalam karya mereka.

“Kita tidak perlu takut untuk melakukan sesuatu perubahan dalam karya kita, mana tahu perkara itu membuahkan hasil,” ujarnya.

Manakala bagi Abdul Fatah [email protected], 26, dia mengetengahkan tema dua dunia dalam lukisannya bagi memberi mesej berbeza kepada pengunjung dalam pameran itu.

“Kita lihat daam lukisan ini ada katil, ada meja tetapi dekat bawah ini ada buaya. Jadi memberi mesej bahawa kita berada dalam realiti dan juga dalam alam lain,” ujar pemilik Sarjana Seni Halus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini. - UTUSAN ONLINE